Selamat Datang ke Borang Sumbangan Peduli Insan

Kempen terkini kami: KEMPEN INFAQ RAMADAN (13)



SIAPA KAMI:

Asas penubuhan NGO ini bermula dengan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Syria serta bagaimana keperluan untuk meringankan bebanan mereka. Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusian di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Tumpuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) sehingga hari ini sudah tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan.

Pertubuhan ini bergerak pada peringkat awalnya dengan nama SYRIA DI HATIKU yang merupakan salah satu sayap dari Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), yang dibina sebagai kesinambungan tradisi ilmu ulama di Syria. Skop utama Persidam ketika itu menanungi dan menguruskan beberapa institusi pendidikan di Malaysia. Bergerak bersama aktiviti pendidikan ini aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Setelah bergerak seiring bersama beberapa tahun, demi mengembangkan lagi dua misi ini menjadi lebih luas, Ahli Jawatankuasa Persidam memutuskan untuk mengasingkan projek kemanusian bergerak dengan sendirinya atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) yang diasaskan pada tahun 2018.

Ketika ini, Peduli Insan tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja, bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan.

Sehingga kini misi kemanusiaan Peduli Insan dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria tetapi juga di Malaysia. Ketika ini, Peduli Insan juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain satu cawangan di Malaysia.

Terima Kasih.

Pertanyaan?