Tabung Bantuan Kecemasan Palestin
KECEMASAN! Palestin terus bermandi darah.
Ayuh Bantu Mereka!

Infaq Sekarang Infaq Bulanan

Oktober menjadi saksi kepada sejarah perang paling teruk yang pernah melanda Gaza, Palestin.

Sejak 7 Oktober lalu, lebih 38,153 nyawa insan tak bersalah gugur syahid akibat kekejaman tanpa henti rejim Zionis,  termasuk kanak-kanak dan juga wanita! Tindakan keji mereka telah mencemarkan kesucian tanah air bumi Al-Quds.




Lebih 9 bulan rakyat di sana terpaksa menderita. Bedilan demi bedilan bom dan peluru bertalu-talu dilepaskan tanpa belas kasihan.  Mereka hilang tempat tinggal, dipaksa berpindah dari utara ke selatan sehingga tiada lagi tempat untuk pergi dan akhirnya berteduh di dalam khemah yang lusuh.

Rakyat di sana diuji dengan kematian dan kebuluran. Bekalan makanan terputus. Air, dan sumber elektrik mereka habis disekat. Makanan yang khusus untuk haiwan sanggup ditelan. Tepung yang bercampur tanah sanggup dikutip semata-mata untuk mengisi perut yang kelaparan.

Itu belum lagi dikira situasi yang mana mereka terpaksa berebut antara satu sama lain untuk mendapatkan bantuan makanan yang sampai. Allahu rabbi! Setiap hari risiko kebuluran di sana semakin meningkat tinggi. Penindasan dan kezaliman masih berlanjutan. 

Menurut kenyataan seorang pegawai kesihatan, bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat dan dehidrasi adalah sekurang-kurangnya 31 orang.


Jadi di atas dasar prihatin, Peduli Insan masih lagi meneruskan kempen Tabung Bantuan Kecemasan Palestin bagi membantu saudara kita yang sedang bertarung nyawa hari demi hari untuk meneruskan hidup di tengah-tengah kemanusiaan dan peperangan.



Di Malaysia, alhamdulillah, kita dikurniakan hidup yang tenang dan aman tapi cuba bayangkan keadaan mereka di sana? Sebagai saudara seislam, ayuh berbagi kebahagiaan bersama mereka. Walau dengan hanya satu ringgit yang kita ada, ia sudah cukup untuk buat mereka merasa gembira.


Semoga mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

'Ihsan demi Insan'


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tabung Kecemasan Palestin - RM1000
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - RM500
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - RM300
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - RM100
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - RM50
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - RM30
0.00
Tabung Kecemasan Palestin - Seikhlas Hati
JUMLAH 0 0.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 0.00
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM) 1.50

BUTIRAN PENYUMBANG

Saya bersetuju untuk menerima hebahan maklumat melalui SMS/Emel daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bagi tujuan pemasaran.

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA (PPM-028-10-29082018)
Onpay2@peduliinsan.org
+60133968840
Pertanyaan?