KITA BERSAUDARA HINGGA KE SYURGA
Antara faktor utama kekuatan ekonomi umat islam sejak dahulu sehingga sekarang adalah pada sistem zakat dan sedekah. Melalui zakat dan sedekahlah, nasib jutaan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya terbela. Setidak-tidaknya mereka punya sesuatu untuk dimakan dan pakai. Umat islam itu bersaudara. Umat Islam juga bagaikan satu tubuh yang sama.
MANUSIA DAN SEDEKAH BERPISAH TIADA, SEHARUSNYA BEGITU SAUDARAKU
Di dalam Al-Quran terdapat puluhan ayat yang menyeru kita untuk kerap bersedekah. Allah SWT juga memberi peringatan kepada kita agar bersegera dalam bersedekah sebelum tibanya detik malaikat mencabut nyawa kita. Ketika mana nyawa sudah berpisah dengan tubuh, manusia pada waktu itu memujuk Allah agar dihidupkan semula dan menunda detik kematian mereka.
Untuk apa? Supaya mereka dapat BERSEDEKAH !
Begitulah yang dikhabarkan Allah dalam surah Al-Munafiqun, ayat 10.
Lihatlah, betapa pentingnya peranan bersedekah. Hinggakan mayat di dalam kubur merayu dihidupkan semula. Semata-mata untuk bersedekah. Tapi kita yang masih hidup ini sering menunda dan masih berkira untuk bersedekah.
GANJARAN DAN NIKMAT BERSEDEKAH
Terlalu banyak ganjaran dan balasan yang Allah janjikan kepada orang-orang yang bersedekah. Antaranya, sedekah dapat memanjangkan umur, sedekah menjauhkan dari bala, menyelamatkan kita dari azab kubur serta seksa neraka.
Malah dengan bersedekah kita bukan saja menambah keberkatan hidup dan dilipat gandakan rezeki, tapi kita juga berpeluang untuk masuk ke syurga melalui pintu khas, iaitu pintu khusus untuk orang-orang yang bersedekah sahaja.
Masya-Allah, hebat janji Allah berkaitan sedekah!
Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk bersedekah. Kejar pelbagai kenikmatan dunia dan akhirat dengan bersedekah.
FAKIR DAN MISKIN BUKAN PILIHAN KITA
Ramai saudara-saudara kita sedang kesusahan. Mereka menanti bantuan dan sumbangan ihsan dari kita. Peduli Insan ingin mengajak anda semua untuk menyahut seruan hadis Nabi SAW :
“Sebaik-baik kamu adalah mereka yang memberi manfaat.”
Dan dalam hadis yang lain pula Nabi SAW ada bersabda,
“Sebaik-baik kamu adalah yang memberi makan.”
HARAPAN KAMI
Melalui sumbangan anda ke dalam Tabung Peduli Insan, sudah tentu saudara kita di Malaysia menjadi keutamaan. Mereka yang kesusahan di Syria, Yaman dan Palestin juga antara yang menerima bakal bantuan dari kita.
Sumbangan akan diberikan dalam bentuk makanan, pendidikan, kesihatan, pakaian, bahan bakar musim sejuk, bantuan bencana, bantuan kecemasan dan sebagainya.
Nota : Sumbangan ini adalah untuk projek-projek kemanusiaan Peduli Insan
PILIHAN DI TANGAN ANDA
Ayuh pilih untuk membantu dan menyumbang demi kebahagian kita dan juga mereka
‘Ihsan Demi Insan'