
YAMAN - AFRIKA - PALESTIN
Akad Salam (Tempahan) dan
Wakalah (Pewakilan)
(Di antara Peserta dan Pertubuhan
Peduli Insan Malaysia bagi pelaksanaan ibadah Qurban)
Saya (NAMA
PESERTA) dengan ini bersetuju:
- Menempah
haiwan Qurban dengan jenis, anggaran berat, kuantiti dan
harga seperti yang telah dinyatakan di dalam laman ini.
- Mewakilkan
kepada Peduli Insan / Rakan Pelaksana untuk menerima
haiwan Qurban pada tarikh 10, 11, 12 atau
selewat-lewatnya pada 13 Zulhijjah.
- Lokasi
penerimaan haiwan Qurban akan berlaku di YAMAN/AFRIKA/INDIA (Bagi Palestin, sembelihan akan dilakukan di luar Gaza).
- Seandainya
tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, Pertubuhan Peduli
Insan Malaysia berhak menukar lokasi penerimaan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama.
- Mewakilkan Peduli
Insan / Rakan Pelaksana untuk memproses haiwan Qurban seperti
meniatkan ibadah Qurban bagi pihak peserta, menyembelih, melapah dan
mengagihkan daging kepada fakir dan miskin.
- Sekiranya
saya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada Pertubuhan Peduli Insan
Malaysia, maka segala kos, pengurusan, perjalanan dan risiko untuk
penerimaan haiwan Qurban di luar negara/dalam negara
adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.