Selamat Datang ke Borang Sumbangan Peduli Insan
Kempen terkini kami: KEMPEN MUSIM SEJUK 13
SIAPA KAMI:
Asas penubuhan NGO ini bermula dengan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Syria serta bagaimana keperluan untuk meringankan bebanan mereka. Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusiaan di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Tumpuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) sehingga hari ini tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan.
Ketika ini, Peduli Insan tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja, bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan.
Sehingga kini misi kemanusiaan Peduli Insan dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria, Palestin dan Yaman tetapi juga di Malaysia. Di samping itu, Peduli Insan juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain satu cawangan di Malaysia.
Terima kasih.
Ihsan Demi Insan
Klik ikon di bawah untuk mengikuti info semasa berkenaan kempen melalui laman sesawang rasmi atau akaun media sosial Peduli Insan.